KISAHKU BANGUN PAGI DAN CARI REZEKI ONLINE 2020

KISAHKU BANGUN PAGI DAN CARI REZEKI ONLINE 2020

Pagi yang indah.. (cewahh macam dalam nobel hehehehe).. suara burung berkicau dah mula kedengaran, aku yang baru bangun dari tidur rasa hairan, 6 pagi burung dah mula berkicau?? Biasa Kawasan rumah aku ni 7 pagi baru burung start bising.. ohh.. patutlah.. lupa pula semalam aku tukar rintone phone redmi ke Nature yang ada bunyi burung dan hutan.. hehehe. Tadi tidur mimpi ada 2 orang nak pukul aku.. hahaha itu mainan tidur lah kot. Aku berpegang pada Kata Dr Habib Ali, mimpi buruk anggap je tiada apa dan tidak akan berlaku. Mimpi baik kita berharap dan berdoa moga Allah jadikan ia kenyataan.

=flashback=

Teringat aku semalam sebelum tidur, kakak aku datang nak pinjam phone nak daftarkan customer simkad dia. Aku cakap ini masa tidur, esok kan masih ada.. dia ckp ok (harini pukul 7PM baru dia ambik phone.. lupalah tu hehehe) . Aku sebenarnya penat nak pi ambil telefon, baru je baring nak tidur, sebelum tu tunjuk 10 products latest shopee yang hot popular pada adik aku. Dia tolong addkan produk ke shopee mengunakan app software china untuk dijual semula. Setiap 10 produk aku reward RM5 beserta komisen bila barang terjual.

=flashback tamat=

Aku pi dekat phone, off alarm tengok tepat 6AM, Alhamdulillah awal juga dapat bangun ni, ni bahana tidur awal semalam lah ni. Aku rasa demam sikit semalam, tu yang telan Panadol dua biji dan dalam kul 11 lebih dah tidur dah. Aku berazam arini nak tidur kul 10mlm. Aku terus gi amik wuduk dan solat, azan Bilal Hazwan kedengaran dari Masjid Jamek Sg Buloh. Aku tak berani pergi lagi, demam macam baru ok, apa-apa hati-hati dulu lah kan zaman covid ni. Lepas sembahyang aku terus jogging 20 min dengan safiyah. Lepastu aku mandi.

Aku tengok whatsapp, kelas harini start 8.30 yer kata Ust Zaki Mohd, pensyarah subjek Kamus Al Maajim. Sempat hafal Quran lagi ni. Aku hafal dulu Al Hadid ayat 21. Esok dah kena hantar sampai ayat ni. Habis hafal aku join kelas. Lepastu sarapan apam yang sedap cicah kari ayam dibuat oleh adik perempuanku. Selesai duduk sembang sikit dengan mereka aku mula On berniaga.

Macam biasa, pertama aku semak kedai aku yang beli barang. Mana2 barang yang dah di hantar, aku add ke system warehouse. Dan aku reply chat semua orang. Tak banyak sangat dalam 50 chat je. Sebelum aku lupa, esok aku kena print SSL lampu dan postkan free gift apa2, sebab barang tu post direct ke alamat, boleh pulak aku tersilap, tak letak alamat warehouse hehehe. Sebelum qailulah aku sempat add new tab 150 produk baru nak bagi rating.

Bangun dari tidur jam 1.06PM, aku terus gi solat. Pastu aku mula refresh dan jalankan proses rating. Jam 4 aku dah penat. Aku panggil Ramlah minta tolong rate kan. Lepas Asar aku siapkan ayat2 yang berkenaan. Lepastu rasa dah tak boleh lagi, pening. Sebelum tu aku dah print semua dan dah hantar dengan bantuan Ibrahim. Jadi aku tengok youtube sampailah Akak aku pinjam phone. Lepastu dah Maghrib dah.

Satu kaedah baru yang dipikirkan untuk masa hadapan adalah reward RM3 dengan melakukan semua birokrasi sahaja, minta ramlah, Aminah, ali, dll untuk product images, weight, stock dan tambhn pos. Aku tarikkan 10 products lah. Kemudian tugas aku mudah. Just pikirkan ayat yang sesuai untuk tajuk je. Aku dah biasa.

Kedua kaedah adalah 150 produk yang dah ada rating tu cuba tengok boleh upgrade tak tajuknya?

Ketiga jangan lupa susu store perlukan lagi 30 produk seposen baru. Kalau perlu ko buat terus siap-siap 90 barang. Kan senang je. Kalau boleh ambik dari kedai sendiri lah. Keyword dah mantap apa?

Juga jangan lupa telegram pondok spamer ko boleh cuba tool auto follow insta. Apa salah cuba kan. Boleh iklan web, jual nilai dan lain-lain.

Terakhir jangan lupa tengok2 sistem auto follow shopee Ismail Arsad dah jadi apa. Kalau dah boleh guna, ko pakai untuk shop kunyu lah ye.

Sebelum aku lupa, esok aku kena print SSL lampu dan postkan free gift apa2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *