Bila sebut je tikus, memang ramai yang rasa geli geleman. Masalah tikus adalah sesuatu yang sangat serius kerana ia boleh membawa macam-macam penyakit, dan kadang-kadang sehingga mengancam nyawa. Jika anda sedang mencari petua halau tikus, anda kini berada di laman yang betul!

Tikus adalah haiwan perosak yang sangat digeruni pemilik rumah dan juga kedai makan. Bila ada je tikus, orang akan terus menyangka yang tempat tersebut adalah kotor dan jijik.
Bayangkan bila tikus tu banyak, mesti tahi tikus akan ada bersepah dekat tempat mereka main atau lalu.
Selalunya kalau tengok belakang almari ke, dalam stor ke, mesti akan jumpa tahi tikus kalau rumah memang dah jadi tempat pembiakan dorang.
Bukan senang tau nak halau tikus ni, lebih-lebih lagi bila dah beranak-pinak dengan banyak.
Jadi artikel ini akan membantu anda mengenali betapa bahayanya tikus, jenis-jenis yang ada, dan juga memberikan anda cara menghalau tikus dengan mudah.
Selain daripada boleh melakukan kerosakan, tikus juga boleh memberikan penyakit bahaya seperti penyakit kencing tikus atau Leptospirosis.
Punca utama kencing tikus ni memang datang daripada tikus yang dijangkiti dengan bakteria Leptospira, tapi bakteria ni boleh juga yang dibawa oleh binatang lain.
Ada juga kes di mana manusia dijangkiti apabila pergi ke air sungai atau tasik yang terdedah dengan air kencing tikus.

Jenis-Jenis Tikus
Kalau nampak tikus di kedai makan pun kita dah nak buka langkah seribu, apalagi kalau ada dalam rumah sendiri.
Mau menjerit tak berlagu dan terus lintang pukang cari jalan macam mana nak halau tikus tu!
Selain dari tikus kelabu ala-ala hitam yang memang geli dan gerun kalau ada dalam rumah atau kawasan luar rumah tu, ada juga beberapa jenis tikus lain:



Bila dah kata tikus tu, mestilah semua orang ingat haiwan perosak ekor panjang tu kan.
Tapi, kalau anda nak tahu ada sejenis tumbuhan yang dinamakan ‘Keladi Tikus’ dan katanya nutrisi dalam tumbuhan tu boleh membantu untuk dalam proses penyembuhan kanser.
Jadi, kalau ada yang bertanya pasal keladi tikus lepas ni, anda dah tahulah yang ia adalah sejenis tanaman, dan bukan haiwan ye!
Menghalau Dan Menghapuskan Tikus
Cara yang biasa digunakan bila nak uruskan masalah tikus adalah dengan memasang perangkap tikus atau letak racun tikus.
Kedua-dua cara ni efektif tapi sebenarnya, ada pelbagai cara halau tikus lain yang boleh kita cuba, seperti di bawah:
- Daun Pandan
Boleh letakkan daun pandan pada tempat yang ada tikus dan pada laluan mereka kerana tikus sangat tak suka dengan bau pandan.
Selain halau tikus, rumah anda pun akan berbau harum dan segar, best kan!
- Daun Durian Belanda
Dapatkan beberapa helai daun durian belanda dan letakkan pada sarang tikus atau tempat yang selalu mereka lalu. Lepas 2 atau 3 hari, gantikan daun tadi dengan yang baru.
Boleh juga letak dalam almari pakaian untuk mengelakkan tikus bersarang dalam tu.
- Pokok Daun Semalu
Tikus memang sangat takut dengan pokok daun semalu ni, sebab ada duri yang tajam pada tumbuhan ni.
Kalau tak nak tikus datang, anda boleh cuba menanam pokok daun semalu pada sekeliling atau di tepi rumah yang menjadi laluan mereka.
4. Gunakan Racun Tikus.

Di Malaysia racun tikus yang paling popular adalah yang berjenama morat . Racun jenis ini murah sahaja. Ada jual di mana-mana. Contohnya anda juga boleh beli di shopee, type sahaja Morat dan anda boleh beli dari harga serendah RM21. Kalau nasib korang baik, mungkin ada diskaun lagi, lagi-lagi jika ada promosi macam sales 11.11 ke 12.12 ke kan..
Admin sendiri dah try, dalam 3 hari ada jugaklah dekat 11 ekor mati. Antara review yang sempat admin snapkan untuk anda adalah seperti berikut:


- Kulit Durian
Lepas makan durian, letakkan beberapa potongan kulit durian pada laluan tikus.
Mereka akan takut untuk datang kerana kulit durian yang berduri tajam tu, dan juga sebab bau durian yang tak digemari oleh tikus.
- Sisa Teh Uncang
Ambil je teh uncang yang dah digunakan dan gantungkan pada tempat yang selalu tikus lalu.
Tikus memang tak suka dengan bau teh uncang, dan pada masa yang sama uncang tu pun boleh menghalau labah-labah. Haa… percaya tak?
- Serai Wangi
Serai wangi ni kira cara yang paling popular untuk halau tikus. Siap ada macam-macam produk yang dah dibuat menggunakan serai wangi ni, dalam bentuk serbuk, cecair, dan kiub pun ada.
Kalau nak halau haiwan perosak tu dengan cepat, letak serai wangi segar, atau sembur je cecair serai wangi pada laluan atau sarang tikus.
- Cuka atau Serbuk Lada Hitam
Titiskan cuka ke dalam bekas kecil pada tempat laluan tikus, dan kena sentiasa tambah cuka di situ.
Kalau anda tak gemar dengan bau cuka, boleh juga taburkan serbuk lada hitam pada laluan tersebut.
- Bela Kucing Je Lah!
Pada yang gemar dengan kucing mesti melompat riang bila tengok cara ni kan.
Tapi, anda kena pastikan yang kucing tu memang jenis yang sangat pandai menangkap tikus, jadi anda boleh biarkan saja kucing tu membuat kerjanya.
Mana tau, tengah duduk tengok TV, tiba-tiba dapat hadiah tikus seekor!
Kalau diikutkan, banyak lagi petua halau tikus yang ada. Bermacam-macam cara yang dah digunakan oleh orang ramai untuk menghapuskan dan mengelak daripada tikus datang lagi ke rumah.
Percaya atau tak, ada orang tu siap tulis surat lagi untuk bagitahu tikus supaya jangan datang ke rumah dia dan pergilah main kat tempat lain. Jadi ke tak tu, bergantung pada anda la kut!
Credit and special thanks to Property Guru