Bisnes Online Waktu Muda 12 Tahun, Tanpa Kad ATM

This image has an empty alt attribute; its file name is debit-cards-800x450-1.jpg
  1. Masa mula-mula bisnes atas talian, satu isu yang dihadapi oleh Musa ialah ketiadaan kad ATM, tidak silap Musa, masa itu Musa hanya ada buku bank BSN, yang mana kalau nak keluarkan duit amat leceh kena beratur di kaunter. Umur pun masa itu dalam linkungan 12-15 tahun. Walhasil, tak da kad ATM sebab belum ambil IC, pakai Surat Beranak tak boleh ambik kad ATM. Musa memang daftar IC lewat sikit dalam umur 16 macamtu baru daftar.

    
  2. Jadi, bila meniaga online, sudah pastilah payment customer akan masukkan ke akaun, macam mana nak keluarkan duit? Apa yang Musa buat? Korang rasa?

    
  3. Musa pinjam kad Muhammad Sharif Shazzey, Abangku. Kad RHB dia pinjamkan padaku. Antara peristiwa yang Musa tak dapat lupakan adalah, selalunya pada awalnya bila berbincang dengan Client Website (perniagaan keduaku), aku kenalkan diri sebagai Musa. Lepas bincang itu ini dan akhirnya client setuju nak upah Musa untuk bina website, Musa pun hantar no akaun RHB Sharif untuk bank in deposit.

    
  4. Hah, kat sinilah kadang timbul masalah, ada client yang keliru dan jadi takut kena scam. “Aik, dari tadi aku chat dengan Musa, kenapa no akaun nama lain?” . Ada yang sampai tak jadi deal. Dah jadi satu hal nak explain, takkan nak bagitahu kita takde ATM so sebab tu pakai akaun abang? Karang tak percaya pulak client tu budak-budak umur 15 tahun nak developkan website dia kan?

    
  5. Jadi bila acapkali isu sama timbul, apa Musa buat? Musa tukar terus identiti dari awal-awal chat dengan client. Client mula whatsap je, Musa terus kenalkan diri sebagai Sharif. Hah, sekarang dah tak timbul isu, sembang-sembang lepastu bagi no akaun pun nama sama, so cepatlah klien bank in deposit 50%. Masa tu Musa charge satu website RM330 sahaja, so klien biasanya akan bank in RM150 dulu, lepas siap baru bakinya.

    
  6. Yang lawaknya, ada client yang sampai sekarang masih panggil aku dengan nama Sharif. “Sharif tolong edit website” , “Sharif tolong createkan webmail baru untuk new staff”. Melekat pulak dah nama Sharif tu..

    
  7. Lepasni dalam tulisan seterusnya, Musa nak tulis tentang Pengalaman Menerima Upah Develop Website Yang First Pada Umur 13 Tahun. Jemput baca!