Mula Bisnes Online Umur 12 Tahun

  1. Musa mula berniaga online mulai usia seawal 12 tahun. Offline pula sejak sekolah rendah, darjah 5 Musa dah jual gula-gula di sekolah. Laku keras, sampai dipanggil Arwah Cikgu Abdul Rahman Idrus, Penolong Kanan Sekolah. Cikgu bawa saya teman dia jalan-jalan pusing sekolah, pergi di Dataran Perhimpunan penuh dekat dataran berterabur disana dan disini bekas peket plastik gula-gula yang dimakan oleh pelajar.

  2. Cikgu ni cakap padaku, Saya bukan nak cakap tak bagus jual di sekolah ini, cumannya awak tengoklah habis kotor pelajar-pelajar buang sampah plastik gula-gula ni. Kemudian Cikgu Abdul Rahman Idrus bawa saya ke bilik beliau dan bertanya, Awak menjual ni sebab sendiri ke atau keluarga minta jual?. Saya jawab sendiri. Beliau minta hentikan jualan dan beliau hadiahkan beberapa buku latihan soalan SPM. Beliau seorang Cikgu yang sangat baik.

  3. Bisnes Online pertama yang Musa buat adalah memasarkan Simkad Rakyat 1Malaysia(SR1M), projek Dato Najib Razak ni. Stok SR1M adalah kepunyaan Tuan Bariq MEC, abang saya. Masa itu, boleh dikatakan laris dan meletup-letup juga jualan sim ini, sebab pakej data yang murah sangat, iaitu RM17/1GB, masa itu, ini adalah yang termurah!. Jangan cerita hal sekarang, Musa cerita masa tu, sekarang ni jangan cakaplah, RM3 pun dah dapat 2GB dari Maxis.

  4. Musa pernah buka satu group Facebook untuk memasarkan Simkad ini, Group ni masih wujud sampai sekarang >> SR1M-Sim Kad Rakyat 1Malaysia << . FB Rasmi Lembaga Zakat Selangor, yang ada 1M followers masa itu juga pernah share pasal SR1M daripada FB ayah Muhammad Batharul Zaman, atas sebab sharing tu sahaja, dalam satu malam hampir 20 order baru Musa dapat.

  5. Bak kata pepatah “langit tak selalunya cerah” dan “disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari” , SR1M mula jatuh bilamana line internetnya mula slow, lembab atau perlahan. Satu persatu pelanggan lama Musa mula maki hamun dan stop pakai. Musa masih ingat ada satu pelanggan dari Kelantan whatsapp “plawok mu ni” , Musa yang pertama kali dengar perkataan tu tak tahu dan tak faham apa yang dicakapkan, Musa pikir dia tengah cakap Musa melawak, Musa pun replylah “kawe dok melawak abe, kawe cakap betul Clixster royat ramai dah mula pakai line jadi slow, kawe pun tak mampu wat gapo”. Lepastu dah lama sikit baru Musa tahu rupanya dia cakap plawok tu maksudnya menipu! Hahaha..

  6. Sekarang ni SR1M di dah takda, Clixster yang jadi antara syarikat mengurus ni pun entah-entah dah tak wujud dah.

  7. Bila berniaga waktu tak cukup umur ni banyak pengalaman dan cabaran yang akan dihadapi. Nak tahu apa cabaran yang Musa hadapi? Baca di tulisan selanjutnya, Musa nak ceritakan bagaimana Musa berniaga online sedangkan tidak mempunyai kad ATM untuk withdraw duit yang pelanggan deposit. Baca Tulisan Bisnes Online Waktu Muda 12 Tahun, Tanpa Kad ATM