Pengalaman Menerima Upah Develop Website Yang First Pada Umur 13 Tahun

  1. Masihku ingat, masa tu aku belum pun fully complete study cara nak develop website pakai wordpress, just ada buat research sikit-sikit ja. Iklan servis develop website dah autopost ke beratus group facebook!

  2. Ada 3 orang whatsapp berminat nak buat website, bila depa tanya contoh website yang dah buat, Musa google dan skrinshot je website sapa entah dan bagi, punyalah singkat fikiran Musa masa tu, Musa tak tahu yang orang boleh cek sapa developer website tu. Sebab setiap website kan ada tulis kat bahagian bawah “copyright developed and designed by fulan-fulan”.. Kantoi busuk je masa tu yang tu bukan web Musa, tapi sebenarnya ye lah, masa tu memang first time nak buat, dari mana Musa nak tunjuk contoh website yang dah siap? Memang takde. Apa yang musa skrinshot tu Musa nak bagitahu Musa yakin dan percaya boleh developkan website lebih kurang begini untuk korang!

  3. Kalau tanya sekarang bolehlah Musa tunjuk sikit, www.langkawipackages.com , https://www.adnanomalaysia.com, https://isarb.com.my, https://www.sdnbhd.com.my dan lain-lain.

  4. Daripada 3 orang yang whatsapp, hanya sorang je yang percaya, dia bank in RM150 deposit untuk start develop website. Tuan Kamal, Pengedar Kereta Perodua dan Proton, insan yang pertama memberi kepercayaan padaku disaat tiada yang memercayaiku, sangat terhutang budi pada beliau!.

  5. Domain name yang Tuan Kamal pilih adalah perodua-proton dot com, punyalah kurang ilmu dan pengalamanku masa tu, main bantai je cadang nama domain macamtu, walhal domain name yang ada simbol sengkang (-) tak berapa mesra dengan enjin carian (SEO – Search Engine Optimization).

  6. Ringkas cerita Musa pun mulalah buat website tu berpandukan tutorial dari youtube “Develop WordPress Website Using Suspious Free Theme”. Sebuah website yang memang simple betullah. Developed 100% guna platform wordpress sahaja. Dalam sebulan gak nak siap tu, maklumlah pengalaman pertama, tak biasa lagi.

  7. Lepas siap dapat RM180 lagi baki payment dari Tuan Kamal. Website yang simple but untuk masa tu mungkin masih OK lagi lah, macam sekarang dah maju, orang pakai design yang lagi cantik canggih, HTML5 bagai.. By the way, website tu Tuan Kamal renew domain dan hosting untuk 3 tahun je, sekarang dah takda dah website tu. Tahun ke -3 Tuan Kamal tak nak renew sebab dengarnya Perodua/Proton dah sediakan website percuma untuk semua agen dia. Begitulah kisahnya, Pengalamanku Menerima Upah Develop Website Yang First Pada Umur 13 Tahun .